Persiapan Awal Perkhawinan
1. Buat persiapan perkahwinan anda mengikut perancangan yang dipersetujui kedua belah pihak. Terutamanya berapa peruntukkan belanja keseluruhan termasuklah jumlah tetamu, barang hantaran, menu hidangan, upah jurugambar dan lain-lain.
2. Mula-mula, hantarkan dahulu kad jemputan kepada tetamu kehormat atau orang kenamaan (jika ada) dan saudara mara yang tinggal berjauhan.
3. Bagi saudara mara yang datang dari jauh, seelok-eloknya anda sediakan juga tempat penginapan untuk mereka.
4. Jika anda nak jimat, pilih saja rekabentuk kad jemputan kahwin yang harganya berpatutan. Tak perlu yang mahal sangat.
Apa yang lebih penting adalah kerjasama ia menarik dan mudah dibaca serta mempunyai peta yang lengkap.
5. Pastikan anda menghias bilik tidur pengantin sebaik mungkin. Ini pasti akan menceriakan suasana malam pengantin baru anda berdua.
Terpulanglah kepada konsep kegemaran anda berdua. Sama ada ringkas, ala Inggeris atau moden kontemporari, pastikan ia tak terlebih dari peruntukkan asal.
6. Mengenai soal makanan pula, ada baiknya anda tempah melebihi jumlah jemputan. Biar lebih. Jangan sampai ada jemputan yang tak dapat menjamu selera pulak.
7. Soal pakaian pengantin, anda tentukan di mana ingin menempah atau menyewanya. Pertimbangkan juga jenis fabrik, warna dan aksesori tambahan.
Pastikan rekaannya sesuai dengan bentuk tubuh anda dan selesa dipakai. Pemilihan warna pula harus sesuai dengan warna kulit anda berdua.
8. Berbincanglah tentang siapa yang bertanggungjawab untuk menyimpan cincin kahwin anda sementara menanti hari kemuncak.
Anda harus saling mempercayai dalam hal ini. Pastikan orang yang dipertanggungjawabkan (anda atau pasangan) tu memang boleh diharap.
Pastikan ia selamat dan disimpan rapi. Paling penting, jangan sampai terlupa atau tertinggal semasa hari bersejarah anda tu.
9. Sebagai alternatif kepada pasangan yang sentiasa sibuk, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak tertentu. Contohnya macam 'wedding planner'.
Telitilah pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh pihak tersebut. Kalau perlu, buat sedikit research untuk mendapatkan perunding perkahwinan yang terbaik dan berpatutan.
Dengan cara ini, anda sebenarnya dapat jimat masa dan tenaga, tak gitu?
Kalau anda bijak mencari dan pandai tawar-menawar, pasti akan dapat memenuhi keperluan tersebut pada harga yang lebih murah tapi puas hati.